Hampir 6 tahun setelah domain ini tamat riwayat dan kemudiannya dimiliki oleh seseorang, aku akhirnya berjaya memiliki domain ini semula. Pada mulanya, nama domain ini aku daftar pada tahun 2006 dan memilikinya selama beberapa tahun sebelum ianya luput..Oleh itu , kali ini aku dah bertekad untuk bina semula kredibiliti muhammadhilmi.com serta melaksanakan impian,matlamat dan sasaran baru yang akan aku cuba capai.

Aku akan lebih menumpukan perhatian untuk membina pendapatan sampingan melalui internet dan mungkin boleh diimplikasikan juga untuk kegunaan selain melalui internet.Bagaimanapun, kali ini aku tidak menghadkan untuk cuma menumpukan dalam satu bidang sahaja.Segala pengetahuan dan pengalaman akan aku gunakan.Bidang yang begitu menarik perhatian aku kini terarah kepada pelaburan emas,insuran,hartanah,pemasaran dan juga pelan persaraan yang sepatutnya aku rancang dari awal lagi.

Bukan sekadar untuk berjual beli serta pemasaran, aku akan lebih kepada pelaksanaan dengan menggunakan keseluruhan aspek yang berkaitan. Tips harian, pelaksanaan, pelan tindakan,perkongsian maklumat serta kajian bakal menjadi tajuk utama.Harapan aku, dengan berkongsi lebih banyak maklumat akan memberi pulangan bukan sahaja untuk aku sendiri, malahan untuk semua yang berminat mempraktikkan apa yang akan aku sampaikan.

Oleh itu, aku dengan terbuka akan menerima apa saja pendapat,cadangan serta kritikan yang anda mahu luahkan. Aku berjanji akan lebih terbuka dengan apa yang akan anda sampaikan dan semoga ada hujah supaya kita boleh berinteraksi dua hala.

Harap maaf jika penyampaian aku agak teruk. Aku tidak mahu terikat. Biar ianya berlangsung secara santai serta memberikan keselesaan kepada semua pihak.